Apakah Yang Anda Paling Takuti

Bukan wanita saja yang mengalami ketakutan ketika berada di ranjang, lelaki juga boleh menjadi mangsa. Kebanyakan orang percaya bahawa lelaki seharusnya lebih aktif secara seksual berbanding dengan wanita. Tapi yang tak banyak orang tahu, lelaki juga mempunyai beberapa ketakutan dalam bercinta. Ketakutan ini pada akhirnya boleh menyebabkan lelaki kurang optima di atas katil.
Ketakutan ini berkaitan dengan prestasi seksual, posisi bercinta, pancutan pra matang, orgasme dan aksi liar di tempat tidur yang seringkali membunuh ghairah lelaki. Ketakutan ini termasuk di dalam fikirannya. Lelaki tidak hanya gagal memuaskan pasangannya, namun juga tidak dapat menikmati hubungan.
“Lelaki selalu menghubungkan seks dan seksualiti dengan egonya dan tidak mahu merasa gagal. Kecemasan ini menyebabkan lelaki gagal melakukan hubungan seks yang baik di tempat tidur. Jika pasangan tidak dapat bersabar, hubungan kedua-duanya tidak akan harmoni.
“Kebanyakan ketakutan lelaki berkaitan dengan hal-hal mengenai memuaskan pasangannya. Ketika pasangan wanita puas secara emosional, lelaki boleh dengan mudah memenuhi keperluan seksualnya. Semakin kuat ikatan emosionalnya, keintiman fizikal yang terjadi akan terasa lebih menyenangkan. Manjakan pasangan wanita dalam keintiman fizikal bila ia sudah siap. perkara itu akan membantu mewujudkan zon selesa di mana ia boleh mengambil bahagian melakukan hal yang sama.
Tidak Mampu Memuaskan Pasangan
Ketakutan yang paling umum adalah tidak mampu memuaskan pasangan, dan hal ini berkaitan secara langsung dengan saiz organ lelaki. Ketika wanita berfikir bahawa lebih besar lebih baik, lelaki akan terus bimbang tidak dapat memberikan kepuasan yang diingini.
Ketakutan ini menyebabkan lelaki menganggap dirinya sebagai pasangan seks yang tidak sempurna dan akan terus menjatuhkan egonya.
“Takut tidak dapat memuaskan wanita menimbulkan banyak soalan dalam fikiran lelaki. Adakah pasangannya mencari kepuasan di tempat lain. Memikirkan pasangan wanitanya bersama orang lain akan membuat ketakutan menjadi lebih kompleks. Ini seperti lingkaran setan, kerana semakin dalam berfikir tentang hal ini, ia akan didorong oleh kecemasannya, sehingga membuat pasangannya tidak puas berkali-kali. Prestasi di tempat tidur bergantung pada keadaan fikiran wanita pada waktu itu. Lelaki harus berasa selesa dengan tubuh wanita agar dapat merasakan ikatan yang kuat. Lakukan dengan lambat dan mantap, pahamilah wanita dengan membangkitkan bahagian -bahagian sensitifnya, jangan bimbang saiz organ.
Pancutan Pra Matang
Ketika lelaki melakukan segala upaya untuk menyenangkan pasangan wanitanya, ia akan selalu mementingkan klimaksnya sendiri. Ketakutan ini didorong oleh tempoh ejakulasi. Ketakutan ini sangat umum dijumpai ketika lelaki mengalami ejakulasi awal kerana berusaha menyenangkan pasangannya.
“Secara perubatan, jika seorang lelaki mampu menahan ejakulasi sekurang-kurangnya selama satu minit, ia tidak dianggap pesakit ejakulasi awal. Tapi sayangnya, sangat sedikit orang yang tahu fakta ini dan banyak yang disesatkan oleh iklan dan filem porno. Hal ini mewujudkan rasa tidak selamat terhadap pasangan dan terkumpul menjadi beban seksual, yang akan berubah menjadi kecemasan prestasi. Pada sebahagian besar kes, gangguan ini tidak disebabkan oleh gangguan praktikal, tapi rasa takut lah yang menyebabkannya.
Tidak Boleh Hamil
Setiap kali hubungan seks memang tidak harus bertujuan untuk mendapat keturunan, tapi hal itu masih saja boleh mencetuskan ketakutan lelaki bahawa ia mandul. Terus menerus khuatir mengapa pasangan tidak akan hamil meletakkan lelaki dalam sebuah persepsi negatif yang serius, yang boleh menjejaskan prestasi seksual.
“Memiliki keturunan berkaitan dengan kesihatan lelaki dan wanita dan juga takdir. Ada banyak kes di mana secara perubatan kedua-duanya normal, tapi si isteri tidak boleh hamil. Cubalah menerapkan gaya hidup sihat, makanan yang baik dan sikap positif tentang diri sendiri. Masalah dengan sperma boleh diubati, sehingga tidak ada gunanya bimbang tentang hal itu. Keperluan pertama adalah kehidupan seks yang baik, tidak perlu mempunyai anak.
Kurang Porno
Lumrah jika lelaki menonton filem lucah untuk mempelajari tindakan seksual tertentu dan kemudian mempraktikannya dengan pasangan. Dalam usahanya untuk mencuba sesuatu yang baru dan liar, lelaki berulang kali mempraktikkan apa yang dipelajari dari filem lucah dalam kehidupan seksnya. Dan jika pasangannya tidak menjawab secara positif, si lelaki mula merasa bahawa dirinya kurang jantan.
“Lelaki sering membandingkan prestasi seksualnya dengan adegan lucah atau dengan pasangannya. Kecemasan kerana kurang berpengalaman akan membuat lelaki panik. Lelaki harus memahami bahawa bercinta tidak ada hubungannya dengan pengalaman apa-apa. Hubungan seks hanya memerlukan ikatan mental dengan pasangan yang boleh wujud walaupun tanpa mengambil inspirasi dari filem porno.
Onani yang Pernah Dilakukan
Beberapa kajian telah menyatakan bahawa onani yang dilakukan selama masa remaja tidak memberi kesan pada kehidupan seks di kemudian hari. Namun, masih ada banyak kebimbangan yang melekat pada hal ini.
Lelaki seringkali menyalahkan kebiasaannya melakukan masturbasi atas prestasinya yang lemah. Mereka umumnya beralasan hal itu disebabkan mereka gagal memberi tumpuan pada tindakan seksual ketika itu.
“Masturbasi tidak banyak membahayakan, tapi rasa bersalah yang ditimbulkan dari masturbasi lebih berbahaya dan ini disebabkan oleh kurangnya pendidikan seks. Semua lelaki sihat melakukan masturbasi berkali-kali dalam hidupnya pada pelbagai peringkat usia, tidak ada yang perlu dibimbangkan.



















Comments

Popular Posts