Budi dan Tanggungjawab.
Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa
Begitu indahnya puisi melayu, memang tak patut sekiranya kita seorang Melayu yang penuh dengan adab dan berbudi. Namun apa yang ingin diperkatakan adalah berkaitan tafsiran iaitu pemahaman terhadap budi dan tanggungjawab. Jangan pula nanti kita tidak dapat membezakan antara budi dan tanggungjawab. Mungkin selama ini kita telah dimomokkan dengan begitu banyak pembohongan demi pembohongan oleh pihak dan gologan tertentu yang mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri. Telah lama kita diperbodohkan dengan apa yang kita pelajari disekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Adakah itu belum cukup bagi kita untuk membezakan apa itu dusta dan apa itu kebenaran, dan nyata bahawa kebenaran itu akan kelihatan jua… Kebenaran akan menang akhirnya… Kebenaran ada diluar sana… Gunakan akal cari kebenarannya.
Bercerita tentang budi dan tanggungjawab, teringat akan daku apa yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.. Memang betul budi dibawa kemati, hutang wajib dibayar. Tetapi adakah seorang pemimpin dikatakan berbudi terhadap rakyatnya sekiranya apa yang diberikan seperti BR1M tu sebenarnya duit dari rakyat jua. Pemimpin-pemimpin negara cuma mengagihkan dari perolehan yang diperolehi daripada rakyat untuk rakyat bukannya dari duit poket atau pendapatan mereka.. mereka cuma memberikan kepada yang hak setelah banyak penipuan dilakukan untuk mengambil hati umpama menyembunyikan sesuatu yang lebih besar dari terus diperkatakan dan mendapat perhatian semua. Dalam ertikata pertunjukan silap mata mengalihkan tumpuan. Mungkin ada sesuatu yang berlaku tanpa disedari kerana perhatian kita telah dialih sepenuhnya.
Berbalik kepada soal hutang pula memang hutang wajib dibayar namun bukannya faedah dan sebagainya. Namun pada hari ini PTPTN dipertikai kerana mengenakan caj pentadbiran yang begitu tinggi sehingga ke RM 50.00 sebulan sedangkan bayaran pokok tidak sampai sebanyak itu. Sebagai kesimpulannya peminjam yang meminjam daripada PTPTN ibarat membayar bunga sahaja belum tentu dapat melunaskan hutang pokoknya.
Kita semua tahu rakyat Malaysia kini bukannya bodoh seperti dahulu yag tahu mengikut sahaja, setiap tindak tanduk pemimpin dipersoalkan, kenapa? mengapa? apa? betulkah? dan bermacam-macam persoalan yang bermain diminda. Mereka lebih cerdik untuk menilai dan mentafsir sesuatu.. bukan kerana pembangkang bijak memainkan peranan mereka tetapi kerana kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia pada hari ini.
Mereka ada pelbagai sumber dan akses maklumat hanya di hujung jari berbanding dahulu yang mana penyebaran maklumat hanya dari media arus perdana sahaja dan banyak informasi dan maklumat sebenar tidak disampaikan bukan menipu tetapi menyembunyikan maklumat. Sebagai contoh blog juga satu sumber maklumat dan media untuk menyedarkan dan menyampaikan maklumat.. dan pada hari ini hampir mustahil untuk menyembunyikan maklumat dan perkara yang berlaku.
Comments
Post a Comment