Hak dan Tanggungjawab…
Hak – mengikut kamus dewan bermaksud .
“1. IB usaha utk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara (umum); 2. perihal (perbuatan) bergaul dan bermesra (antara satu sama lain), pergaulan: Tunstall telah menekankan pentingnya kajian media massa dlm konteks kehidupan dan proses ~ sesuatu masyarakat; ~ yg dialami para siswa berjalan tanpa sekatan, apalagi mereka jauh dr perhatian ibu bapa; 3. proses mendidik seseorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: anak-anak hari ini mudah terdedah kpd pelbagai agen ~ bukan sahaja drpd ibu bapa; ~ manusia berlaku melalui pendidikan formal dan tidak formal sejak kecil hingga sepanjang hayat; bersosialisasi melakukan sosialisasi: antara tujuan menghantar anak ke tadika adalah utk mengajarnya ~; mensosialisasikan 1. IB menjadikan milik negara, memiliknegarakan; 2. mendidik seseorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: komunikasi memainkan peranan yg penting dlm ~ ahli-ahli masyarakat; terdapat beberapa faktor yg mempengaruhi cara ibu bapa ~ anak-anak mereka.”
Tanggungjawab -
“kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya;”
Hari ini kita seringkali mendengar sesuatu kumpulan, individu, negara, pemimpin, rakyat dan banyak lagi kumpulan yang memperjuangkan hak masing-masing. Ada yang memperjuangkan hak individu, kebebasan bersuara, beragama, berpakaian dan ideologi. Namun sebelum itu jika kita fahami bahawa hak kamu adalah tanggung jawab bagi yang lain dan menjadi tanggungjawab kamu untuk menunaikan tanggungjawab kamu yang merupakan hak mereka yang lain. Dalam ertikata yang luas… sekiranya kamu menunaikan tanggungjawab maka tertunailah hak mereka yang lain. dan sekiranya mereka yang lain menunaikan tanggungjawab mereka maka tertunailah hak kamu.
Disini ingin dipersoalkan, sebelum kamu menuntut hak kamu. Adakah kamu telah menunaikan tanggungjawab kamu kerana tanggungjawab kamu adalah hak mereka yang lain sebagaimana dalam ajaran Islam menyatakan bahawa sebahagian daripada milik kamu merupakan hak yang lain. Ini diselaraskan lagi dengan rukun islam yang mewajibkan zakat yang merupakan hak mereka yang lain.
Oleh itu sebelum anda menuntut hak anda, tunaikan tanggungjawab anda terlebih dahulu, maka secara automatik anda akan mendapat hak anda tanpa perlu menuntut daripada mereka yang bertanggungjawab terhadap hak anda itu….
Comments
Post a Comment