Jangan Ucapkan Kepada Ibu Mengandung
1)Kenyataan- Sebelum dapat anak, tidurla puas-puas.
Psikologi- Kenyataan yang anda berikan seolah-olah memberikan gambaran bahawa sukarnya untuk menjadi seorang ibu. Tidak dinafikan memang tanggungjawab seorang ibu agak sukar, tetapi anda perlu memberinya sokongan dan bukan membiarkan mereka memikirkan hal yang tidak sepatutnya. Berkemungkinan kenyataan anda akan menakutkan dan tidak memberikan ketenangan kepada mereka.
2)Kenyataan- Sebelum dapat anak, bermanjalah dengan suami puas-puas.
Psikologi-Ia boleh memberikan pelbagai gambaran kepada wanita mengandung. Mungkin mereka merasakan apabila mereka sudah melahirkan anak, mereka sudah tidak cantik seperti dulu menyebabkan suami sudah tidak mahu bermanja dengan mereka. Mungkin juga mereka akan menganggap anak sebagai gangguan terhadap kasih sayang suami terhadap mereka.
3)Kenyataan- Memanggil mereka dengan nama gelaran yang lain. Sebagai contoh gemuk, boyot, buncit atau sebagainya.
Psikologi- Mungkin anda memanggil mereka seperti itu dengan niat sekadar gurauan. Tetapi anda perlu ingat, ketika wanita mengandung hormon mereka akan menjadi tidak stabil. Mungkin sebelum ini mereka tidak kisah dengan nama gelaran yang anda berikan kepada mereka tetapi apabila mengandung, ia akan mampu untuk membuat mereka terasa hati atau mengalami gangguan emosi.
4)Kenyataan- Lepas bersalin nanti, mesti badan awak naik.
Psikologi- Memang benar seorang wanita yang baru saja bersalin akan lebih berisi dari sebelumnya. Tetapi anda tidak perlu untuk menyatakannya. Anda perlu tahu bahawa wanita terlalu obses terhadap kecantikan. Elakkan daripada memberi kenyataan yang mampu untuk mengganggu emosi mereka.
info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥
Comments
Post a Comment