Ahmad Albab

Tentunya kita semua amat familiar dengan tajuk ini. Siapa yang tak tahu tentunya bukan dari Malaysia, Tanah Melayu dan Serantau. Sebuah cerita komedi yang dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee, seorang seniman agong yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau bukan sahaja meninggalkan legasinya sebagai seorang penghibur yang versatile (serba boleh) tetapi melalui karyanya juga diselitkan pengajaran agar kita dapat dijadikan panduan kepada kita semua. Hidup Beliau begitu dhaif dan dikatakan beliau amat suka bersedekah sehinggakan tidak tinggal sesenpun duit untuk kegunaan dirinya sendiri. Beliau pergi meninggalkan kita tanpa harta, yang ada cuma kenangan-kenangan yang boleh mengingatkan kita kepada beliau. Beliau mampu membuatkan kita ketawa tanpa henti dengan bersahaja. Setiap karyanya diselitkan unsur-unsur pendidikan untuk mendidik penonton melalui komedinya, Kehilangannya adalah satu kerugian kepada industri perfileman negara.

Berbalik kepada tajuk di atas. Kenapa saya memilih untuk membincangkan tentang cerita komedi ini? Dalam keseluruhan cerita ini begitu banyak pengajaran yang boleh diperolehi darinya, dari sekecil-kecil perkara yang remeh sehingga sebesar-besar perkara dalam kehidupan ada diselitkan didalamnya.

Antaranya adalah seperti watak penghulu yang menerima komisen diatas setiap apa yang dilakukannya untuk membantu orang kampung. Apa yang anda dapat fahami dalam watak berkenaan. Ianya melibatkan pemimpin yang sentiasa mendapat faedah walaupun ianya merupakan tanggungjawabnya untuk membantu rakyat begitulah dengan kehidupan kita sehingga ke hari ini, perasankah anda?

First Impression adalah satu lagi unsur yang cuba diselitkan dalam komedi ini. Kita tidak harus menilai dan menghina seseorang melalui pemakaian dan rupa yang ditampilkan olehnya. Mungkin orang yang dihina dan buruk penampilannya lebih mulia dan berharta dari kita sendiri cuma dirinya yang tidak suka bermegah kerana sedar semuanya dari Allah.

Mari kita renungkan dialog ini dalam komedi tersebut;

“Kekayaan, kebahagian rumah tangga semuanya datang dari Allah bukannya dari Ayahanda”

Fahamilah maksud yang tersirat didalamnya, tidak kira siapapun dalam dunia ini kita harus yakin bahawa segalanya adalah dari Allah dan berlaku dengan pengetahuan dan izinnya.

Comments

Popular Posts