Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia
Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia boleh diperolehi dari 10 Disember 2011 sehingga 1 Januari 2012. Tetapi bagi yang memiliki kemudahan talian dan capaian ke internet boleh memuat turun borang berkenaan di sini. Untuk memudahkan anda semua saya bawakan kepada anda.
Untuk pengetahuan semua, Borang Permohonan BR1M boleh diperolehi secara percuma
Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
Warga emas sebatang kara
Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.
Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
MAKLUMAT TAMBAHAN: BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)
Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bermula pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012
Penjelasan mengenai pendapatan kasar isi rumah
• Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama
Ketua isi rumah
Borang permohonan BR1M :
Salinan kad pengenalan pemohon
Slip gaji terkini (jika berkenaan)
Salinan kad pengenalan tanggungan (sama ada suami/ isteri/ anak)
Tanggungan:
Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan.
Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai 10 Disember 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Perrtanyaan lanjut
Untuk maklumat lanjut sila layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9 pagi sehingga 5 petang)
Talian juga akan beroperasi pada 10 Disember 2011 (Sabtu) dan 11 Disember 2011 (Ahad).
Kementerian Kewangan Malaysia
9 Disember 2011
Comments
Post a Comment