Aidiladha erti sebuah pengorbanan
Sebagai seorang muslim, setiap 10 Zulhijjah merupakan satu tarikh yang amat bermakna dalam kelender tahunan kita. Ianya adalah satu perayaan, perayaan meraikan kejayaan sebuah pengorbanan dalam kehidupan. Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa. Apakah yang mesti dikorbankan untuk memahami erti sebuah pengorbanan. Adakah cukup dengan sekadar menunaikan Fardhu Haji – rukun Islam ke-5.
Sebelum kita kupaskan dengan lanjut, apa yang anda faham tentang korban, pengorbanan dan dikorbankan. Setiap tahun hampir 2.5 juta jemaah menunaikan Fardhu Haji. Daripada jumlah itu 1/3 merupakan jemaah yang menunaikan haji untuk kali ke-2 dan seterusnya. Jika dikira secara kasar, setiap tahun 1/3 jemaah yang menunaikan haji buat kali ke-2 dan seterusnya harus berkorban dengan membelanjakan wang mereka kepada mereka yang ingin menunaikan haji tetapi tidak memiliki wang ringgit. Itulah pengorbanan yang paling tinggi boleh dilakukan oleh seorang ummat islam terhadap saudaranya yang lain.
Pengorbanan bermula sejak dari zaman Nabi Adam a.s, dimana Habil dan Qabil dituntut untuk melakukan korban bagi memiliki saudara kembar Qabil. Pengorbanan yang ikhlas adalah pengorbanan yang diterima oleh ALLAH swt. Pengorbanan yang didasarkan kepada syariat dan ketetapan dalam Islam bukannya pengorbanan yang dilakukan untuk menunjuk-nunjuk dan sebagainya.
Pengorbanan adalah dituntut, apabila berkemampuan untuk melakukannya.
Comments
Post a Comment